Thursday 10 November 2011

Aktiviti Seminggu SKPM

Demi mengisi ruang masa untuk murid-murid tahun 6, pelbagai program telah dijalankan. Program dijalankan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasa Penyelaras Tahun 6, SKPM.   Berikut disenaraikan program yang dilaksanakan di sekolah ini.  
1. Ceramah Motivasi yang bertajuk "Persiapan Diri Menuju    
    Ke Alam Remaja"
    Tarikh : 8 November 2011
    Penceramah : Pegawai Agama PUSPEN Raub.

2. Cerakan "Remaja dan Keselamatan Diri"
    Tarikh : 2 November 2011
    Penceramah : Pegawai Perhubungan Awam PDRM Raub.

3. Ceramah "Kesihatan dan Kehormatan Remaja"
    Tarikh : 3 November 2011
    Penceramah : Pegawai Kesihatan Daerah Raub. 

4. Kursus Pengurusan Jenazah
    Tarikh : 2 November 2011
    Penceramah : Pn. Zainun Mazlan
                         Pejabat Agama Daerah Raub

Tahniah dan syabas kepada pihak yang berjaya menganjurkan program ini.  Juga jutaan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar kerana turut bersama mengambil bahagian di dalam program yang dijalankan.  

Monday 31 October 2011

Pelancaran Kelab Rukun Negara SKPM

31 Oktober - Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Perempuan Methodist Raub telah diadakan.  Majlis disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin.  Di antara aktiviti yang dijalankan adalah nyanyian Lagu Rukun Negara, deklamasi sajak dan penyerahan fail kelab oleh Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja Kelab Rukun Negara.  Adalah diharapkan agar dengan penubuhan kelab ini akan dapat menyemarakkan lagi kecintaan murid-murid kepada negara melalui Prinsip Rukun Negara.  

Program Minggu Bahasa

6 Oktober - Program Minggu Bahasa telah diadakan.  Program dijalankan mengikut perancangan melalui program MBMMBI yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.  Di antara pertandingan yang dijalankan seperti mendeklamasi sajak, persembahan murid dan sebagainya. 

Wednesday 5 October 2011

Gotong-royong Kemahiran Hidup

4 Oktober - Gotong-royong ringkas telah diadakan di persekitaran bilik KH.  GPK 1 mengetuai program ini dengan bantuan dari guru KH dan pekerja-pekerja swasta.  Program yang dijalankan seperti menebas lalang dan rumput rampai di sekeliling bilik KH, lereng bukit serta kawasan stor buku.  Diikuti dengan sedikit usaha menanam pokok ubi kayu, bayam, serai, kunyit serta tumbuhan herba yang lain.  Sedikit jamuan ringkas diadakan selepas program ini berjalan.  Bagus cikgu-cikgu.......!!!!! Nanti kita boleh buat lagi gotong-royong yang lain......!!!

Monday 3 October 2011

Spelling Competition

29 hingga 30 - SK Perempuan Methodist Raub mewakili daerah Raub dalam pertandingan mengeja Bahasa Inggeris yang diadakan di SM Convent, Cameron Highland.  Pasukan daerah Raub diwakili oleh 3 orang pelajar dari SKPM. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang mewakili pertandingan ini.  Tahun hadapan kita cuba lagi. 

Majlis Khatam Quran

30 September - Majlis Khatam Quran telah diadakan di sekolah ini.  Ia melibatkan murid-murid dari tahun 6 yang baru sahaja menempuh peperiksaan UPSR. Semoga Al-Quran menjadi pedoman hidup sepanjang hayat. 

Friday 23 September 2011

SKPM Juara Keseluruhan

22 September - SKPM menjadi Juara Keseluruhan Perkhemahan Pandu Puteri Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Raub yang tamat pada hari ini.  Warga SKPM mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan semua ahli Pandu Puteri yang mewakili sekolah ini.  Terbukti SKPM Boleh!!!!!!!

Monday 19 September 2011

Perkhemahan Pandu Puteri Menengah dan Rendah Daerah Raub

19 September - Bertempat di Tapak Perkhemahan Sg. Pasu, Perkhemahan Pandu Puteri Menengah dan Rendah telah diadakan.  Perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Raub. SKPM diwakili seramai 16 orang pelajar dan diiringan guru-guru Tunas Puteri yang terdiri daripada Kem Komandan, Cik Naga Devi, Cikgu Habsah, Cikgu Razifah, Khairi Jumaiah, Nor Faridah serta Cik Izati. Diharap murid SKPM dapat menimba pengalaman daripada perkhemahan ini. 

Anugerah APC

19 September - SKPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada tiga orang guru sekolah ini yang dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang 2010 bertempat di SMK Gali.  Mereka adalah Ustaz Noor Hashim, Ustazah Bahariah dan Cikgu Kamaliah.  Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang dan sukses dalam kerjaya. 

Friday 16 September 2011

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2011


16 September - Bermula dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia telah diadakan.  SK Perempuan Methodist mengambil bahagian dalam perarakan ini.  Seramai 31 orang murid dari empat unit beruniform sekolah bersama 5 orang guru mewakili warga sekolah sempena hari yang bersejarah ini.  Guru yang mengambil bahagian adalah Cikgu Syaza, Cikgu Koh Lay Yong, Cikgu Razifah Hanim, Cikgu Nor Lizam dan Cikgu Mohd. Nazri selaku ketua kontinjen. 
Dalam perarakan ini, SKPM telah berjaya mendapat tempat ke-2, kategori sekolah dan menerima hadiah yang tunai sebanyak RM200.00.  Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.  Akhir program, murid-murid bersama guru "menjamu selera" di Marrybrown bagi menghilangkan kepenatan dan meraikan kemenangan ini.  Tahniah dan tahun hadapan boleh cuba lagi.   

Monday 12 September 2011

GURU-GURU SERTA KAKITANGAN SK PEREMPUAN METHODIST RAUB MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6.
SEMOGA BERJAYA. ANDA BOLEH!!!!!!!!!

Wednesday 7 September 2011


KENANGAN LAWATAN KE UIAM
TARIKH : 6 SEPTEMBER 2011

 DI HADAPAN 'TANGGA BESAR' UIAM

BERGAMBAR KENANGAN DI HADAPAN PERPUSTAKAAN UIAM

Lawatan ke UIAM dan KLCC

6 September - Satu lawatan ke UIAM telah diadakan.  Murid-murid Tahun 6 seramai 40 yang terpilih dan diiringi 4 orang guru bertolak seawal jam 7.00 pagi.  Rombongan ini bertujuan memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.  Guru yang mengiringi terdiri daripada Cikgu Syaza, Cikgu Zainun, Cikgu Pusnani dan Cikgu Mohd. Nazri.  Guru Besar juga mengiri rombongan ini dengan berkenderaan sendiri.  Ketibaan rombongan ini disambut oleh kumpulan Fasilitator UIAM yang terdiri daripada 10 anggota.  Selesai sesi pengenalan, rombongan dibawa mengelilingi kampus UIAM. 

Rombongan Tahun 6 seterusnya melawat ke KLCC.  Murid-murid diberi peluang untuk bergerak di sekitar Suria KLCC dengan kawalan guru-guru.  Peserta rombongan pulang menjelang jam 5.30 petang.


Saturday 27 August 2011

UCAPAN HARI RAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST RAUB MENGUCAPKAN 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI' KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK, KAKITANGAN, PEKERJA SERTA MURID-MURID. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. SELAMAT PULANG DAN KEMBALI. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiga Peristiwa Menjelang Aidil Fitri

26 Ogos : Peristiwa Pertama : Lawatan Pemantau ke Sudut PPDa SKPM telah dilakukan oleh  JK berkenaan.  Pemantauan diketuai oleh En. Zamzuri dan Tn. Hj. Affendy dari PPD Raub dan diiringi bersama seorang pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan Cawangan Raub.

Peristiwa Kedua : Sambutan Ambang Kemerdekaan diadakan di Dewan SKPM pada jam 11.00 pagi ini.  Program bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, ucapan Guru Besar dan deklamasi sajak oleh murid-murid  secara individu dan berkumpulan.  Tidak ketinggalan juga, guru-guru pelatih yang sedang mengikuti ROS turut menyampaikan sajak dan lagu "Warisan" nyanyian Allahyarham Sudirman.  Program diserikan lagi dengan kibaran bendera oleh murid-murid pelbagai kaum di SKPM berserta guru-guru.
Murid bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang

Guru Besar bersama guru-guru bersama menyanyikan lagu-lagu patriotik

Sajak "Warisan" dari kumpulan guru ROS


Peristiwa Ketiga : Sambutan Menjelang Aidil Fitri juga turut diadakan di Dewan SKPM.  Selesai meraikan Sambutan Ambang Kemerdekaan, program sambutan Aidil Fitri juga turut diadakan.  Lagu-lagu Hari Raya dimainkan dan murid-murid bersalaman dengan guru-guru sebelum bersurai.  Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. 

Pemantauan Pusat Sumber

25 Ogos - Pemantauan PSS telah dilakukan oleh JK Pemantauan PSS Zon Raub pada hari ini.  Pemantauan dilakukan oleh Pn. Chow dan Mr. Leong.  Semoga PSS kita sukses selalu.

Tuesday 23 August 2011

Persembahan 5M


Murid-murid daripada Tahun 5 Maju telah mempersembahkan satu persembahan pada sesi perhimpunan mingguan.  Persembahan ini mendapat tepukan daripada murid-murid kerana tindakan berani dan bersahaja mereka merupakan satu amalan yang baik.   Murid SKPM perlu berani dan yakin dengan kebolehan mereka. Syabas kepada guru yang membimbing mereka walaupun melalui latihan yang singkat.  Minggu-minggu mendatang kita berharap kelas-kelas lain berani melakukan aktiviti  seumpamanya ini.  Syabas.

Penyampaian Zakat Sempena Hari Raya

Guru Besar menyampaikan sumbangan
22 Ogos - Majlis penyampaian zakat dan sumbangan ikhlas daripada warga SKPM telah diadakan.  Sumbangan zakat juga diterima daripada Bank Rakyat sempena  hari raya untuk disampaikan kepada anak-anak yatim dan miskin sekolah ini.  Sumbangan disampaikan oleh Puan Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin.  

Peperiksaan PKSR 3

Warga SKPM serta guru-guru mengucapkan selamat menempuh peperiksaan PKSR 3 kepada semua murid.  Semoga menjawab soalan dengan cermat dan memperolehi kejayaan yang diharapkan.  Peperiksaan berlangsung dari 22 Ogos sehingga 25 Ogos 2011.  Selamat berjaya. 

Monday 22 August 2011

Motivasi Tahun 6

16 Ogos - Bertempat di Dewan SKPM, satu ceramah motivasi telah diadakan.  Penceramah jemputan, YM Raja Ali bin Raja Shahadan menyampaikan ceramah yang bertajuk "Menjana Jati Diri Cemerlang". YM Raja Ali juga merupakan Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan penceramah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat khasnya daerah Raub. Ceramah bermula jam 8.45 pagi dan tamat menjelang jam 12.30 tengah hari.  Program dianjurkan sekolah ini bertujuan memberi semangat serta dorongan kepada murid-murid yang bakal menempuh peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Sepanjang ceramah, peserta memberikan tumpuan menyeluruh.  Ada masa bergelak ketawa dan ada masanya menangis mendengar kisah-kisah menyayat hati daripada YM penceramah.  
Program ditamatkan dengan acara penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan bersama penceramah.  Cenderahati disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Encik Mohd. Nazri bin Omar.  Kepada anak-anak murid SKPM, kenanglah jasa ibu dan bapa dan bahagiakan mereka melalui kejayaan dalam UPSR nanti.  Anda boleh!!!!! SKPM Boleh!!!!!!

Tuesday 2 August 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform


Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah dijalankan pada 28 sehingga 30 Julai 2011 baru-baru ini.  Perkhemahan diadakan di Tapak Perkhemahan Sungai Pasu.  Seramai 75 ahli yang terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap (26 orang), Tunas Kadet Remaja Sekolah (13 orang), Pandu Puteri Tunas (12 orang) dan Puteri Islam (24 orang).  Pendaftaran seawal jam 8.00 pagi di sekolah dan peserta menaiki bas ke tapak perkhemahan.  Di antara aktiviti yang dijalankan adalah kawad kaki asas, kembara, Kim's Game, ikhtiar hidup serta latihan ikatan dan simpulan.  Perjalanan perkhemahan berjalan dengan lancar dan melibatkan hampir semua guru SK(P) Methodist Raub.  
Perasmian Penutupan disempurnakan oleh wakil PPD, Encik Zamzuri pada hari Sabtu (30 Jun).  Peserta yang menyertai perkhemahan dianugerah dengan sijil penyertaan di samping hadiah pertandingan yang diadakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan.    

Hiburan Minda

Tuesday 26 July 2011

Mesyuarat Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

26 Julai - Bertempat di bilik guru, mesyuarat penyelarasan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah diadakan.  Dipengerusikan oleh Puan Guru Besar, mesyuarat berjalan dengan lancar. Taklimat tentang pembahagian tugas dan bajet telah diperjelaskan oleh Guru Besar.  Untuk makluman, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK(P) Methodist Raub; akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai ini bertempat di Pusat Perkhemahan Sungai Pasu.  Perkhemahan melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5. Selamat berkhemah dan semoga berjaya.

Monday 18 July 2011

Pemantauan Prasekolah Daerah

18 Julai - Pemantauan Prasekolah telah dijalankan oleh jawatankuasa penilai.  Mereka terdiri daripada Pengerusi MGB Daerah, Cikgu Mohd. Rosdi b. Ab. Jalil, merangkap guru besar SK Ulu Gali, Cikgu Badariah bt. Abu Bakar dan diiringi oleh wakil PPD, Encik Azman bin Suhor serta Cikgu Izuddin b. Isa, guru besar SK Krau 1. Semoga berjaya.

Sunday 17 July 2011

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2011

Antara peserta dari MGS
Guru Besar MGS, Hjh Hasnah Kamaruddin  (kiri sekali) : Antara yang hadir
Cenderahati dari MGB, Cikgu Mohd. Rosdi Ab. Jalil  kepada wakil PPD, En. Ahmad Halimi
Cikgu Razifah, Cikgu Safarijah (GPK 1) dan  Cikgu Syaza 
Wakil MGS menerima sijil penyertaan dari En. Ahmad Halimi

Bertempat di SK Mahmud (Fasa 1 - 9hingga 10 Julai) dan SK Raub Indah (Fasa 2 - 16 hingga 17 Julai), Kem Kecemerlangan UPSR untuk SK telah dijalankan.  Program ini dianjurkan oleh Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Raub dengan kerjasama PPD Raub dan PKKP Zon Raub.  Program hujung minggu ini memberi tumpuan tentang kaedah dan cara untuk menjawab soalan-soalan pepriksaan oleh guru-guru cemerlanga Daerah Raub.  Majlis penutupan dijalankan di SK Raub Indah dan dirasmikan oleh wakil PPD, Encik Ahmad Halimi bin Hj. Harun.  Pada dasarnya, program ini berjaya mendedahkan murid-murid tentang kaedah bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan yang sering timbul di dalam peperiksaan UPSR.  Tahniah dan syabas kepada calon-calon UPSR dari MGS kerana tidak melepaskan peluang seperti ini. 

Program KFC Bersama MGS

16 Julai - Bertempat di dewan sekolah, MGS menerima kunjungan KFC bersama program yang dirancang oleh syarikat francais tersebut.  Di antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan pakaian beragam dan pertandingan mewarna.  Berita yang lebih terperinci akan menyusul nanti. 

Saturday 9 July 2011

Perkhemahan Pandu Puteri Negeri Pahang

27 Jun - Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 27 hingga 30 Jun bertempat di D'Ambang Resort, Pekan, Pahang.  SK(P)M di antara sekolah yang menghantar pesertanya ke perkhemahan tersebut diwakili seramai 16 orang murid dan diiringi guru pengiring, Cikgu Habsah dan Cikgu Razifah. Sekolah lain yang mewakili daerah Raub adalah SK Satak, SK Muhammad Jabar dan SK Temau. Kesemua ahli berjumlah 35 orang.  Dalam perkhemahan tersebut, daerah Raub telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Kem Kraf.  Diucapkan tahniah.  (Gambar akan menyusul....)

Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah


22 Jun - SK(P)Methodist Raub telah mendapat tempat yang keempat dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Raub.  Pertandingan telah diadakan di SMK Gali.  Diucapkan tahniah kepada semua wakil sekolah di atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan.  

Thursday 30 June 2011

Kuiz Doktor Muda


22 Jun - Pertandingan Kuiz Doktor Muda dan Tokoh Doktor Muda peringkat Negeri Pahang sempena Mini Konvesyen Doktor Muda telah diadakan di Maran.  SKPM telah menghantar wakilnya yang terdiri daripada 5 peserta iaitu Anisa Syawani Nordin, Ayu Umairah Kamaluddin, Loo Kai Lin, Pelveena a/p Dhass dan Farah Alya Mohd. Azahari.  Dalam pertandingan kuiz Doktor Muda, peserta dari SKPM Raub telah berjaya mendapat tempat ke-3.  Tahniah diucapkan.  - Laporan oleh Cikgu Khoo Lay Yong.

Guru-Guru SKPM

Tenaga pengajar SK Perempuan Methodist Raub. Gambar diambil pada 25 Mei 2011.

Lawatan Penanda Aras

SKPM Raub melakukan beberapa lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah contoh dan SBT.  Objektif lawatan adalah untuk mendedahkan warga sekolah ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.

Wednesday 29 June 2011

LARIAN 1M 1S 1MALAYSIA

Kepada seluruh warga SKPM Raub, kami mengucapkan selamat menjayakan Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia. Ibu bapa dan komuniti dijemput menjayakan program ini.

Lagu Sekolah

There are girls who like to study,
There are girls who like to play,
There are girls who always have a minute,
To help out whenever there's way,
There are girls so generous with their money,
There are girls who have their time for prayers,
All these girls are in the MGS,
Just be sure you'll find them there.

(Composer : Miss Mable Mitchell)

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub dengan penuh tekad dan iltizam berikrar untuk :

1. Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, tepat dan cekap.
2. Menentukan segala surat aduan dan rayuan dijawab dalam tempoh dua minggu.
3. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina.
4. Memastikan segala aktiviti pendidikan di sekolah dilaksanakan mengikkut peraturan.

Hasrat in dicapai melalui Falsafah sekolah Visi....Misi

FALSAFAH SEKOLAH

Setiap kanak-kanak mempunyai
kebolehan dan potensi untuk
berkembang maju dari segi intelek.  
Oleh itu menjadi hasrat sekolah
ini berusaha untuk membimbing
murid-murid menjadi manusia
yang seimbang dan berguna,
berdasarkan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.
Sekolah ini juga akan berusaha 
membimbing murid-murid 
mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang.

Misi

MENGAMAL DAN MENINGKATKAN
PENDIDIKAN YANG BERTERASKAN
iFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Mesyuarat 1M1S

28 Jun - Bertempat di Bilik Guru, mesyuarat Larian Serentak 1M1S telah diadakan.  Mesyuarat diadakan bagi menyelaras persediaan Larian 1M1S yang akan dijalankan pada 2 Julai 2011.  Guru Besar, Hajah Hasnah Kamaluddin berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar kerana memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia.  Program ini melibatkan penyertaan seluruh warga sekolah, ibu bapa serta guru-guru.  Di antara pengisian pada hari tersebut adalah pembacaan perutusan Menteri Pelajaran, gimik pelancaran, aktiviti memanas badan, pameran sukan serta klinik sukan.  Diharap program ini mendapat sokongan daripada seluruh warga dan ibu bapa SK(P) Methodist, Raub.  Tahniah. 

Tuesday 28 June 2011

Lencana Sekolah


SKPM membawa pengertian Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Manakala lambang di atas lencana ini serupa dengan lambang Negeri Pahang iaitu lambang mata tombak besar adalah alat kebesaran Negeri Pahang. Gading gajah pula menunjukkan kekuasaan raja. Warna yang terdapat pada lencana ini ialah warna kuning, merah dan putih. Warna kuning melambangkan warna diraja negara kita, warna putih dan merah tua melambangkan pakaian seragam bagi murid-murid sekolah ini.
Cogan kata yang terdapat pada lencana sekolah ini ialah “USAHA TANGGA KEJAYAAN” yang bermaksud kita mestilah berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Di mana hasrat sekolah ini ialah berusaha untuk membimbing dan mendidik serta membentuk murid-murid menjadi manusia yang seimbang dan berguna.




COGAN KATA SEKOLAH

USAHA TANGGA KEJAYAAN”

Falsafah cogan kata di atas bermaksud setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dan segi intelek. Oleh itu menjadi hasrat sekolah ini berusaha untuk membimbing dan mendidik serta membentuk murid-murid menjadi manusia yang seimbang dan berguna berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah ini juga akan berusaha membimbing murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.Di samping itu, aspirasi sekolah ialah berusaha mempastikan perkembangan potensi individu berlaku secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan pengisian Wawasan Pendidikan untuk mengisi keperluan wawasan 2020 berteraskan agama, budaya bangsa dan kemajuan teknologi terkini.

Hasrat ini akan dicapai melalui:
1. Pembentukan kecemerlangan murid.
2. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
3. Perkhidmatan cemerlang.


Sejarah Sekolah

Sekolah Perempuan Methodist (MGS) telah diasaskan oleh Puan Edna Lee, isteri seorang Bishop pada 6 September 1947. Guru Besar pertamanya ialah Puan Muriel Stoner. Sekolah ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah sahaja pada ketika itu.
Pada tahun 1949 sebuah lagi bilik darjah dibina. Memandangkan ramai penduduk di Daerah Raub menghantar anak-anak mereka ke MGS, 3 buah lagi bilik darjah ditambah pada tahun 1952. Pada ketika itu MGS ketika itu terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Justeru itu timbul berbagai-bagai masalah berkaitan dengan pentadbiran. Pada tahun 1977, sekolah rendah dan menengah diasingkan. Pada ketika itu MGS tidak mempunyai guru besar. Jawatan guru besar ketika itu dipangku oleh Puan L. Mogarajah.
Pada bulan Jun 1978, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah siap dan dapat digunakan. Walau bagaimanapun sekolah masih lagi kekurangan bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain.
Memandangkan kekangan ini, pihak sekolah bertungkus-lumus mengumpul wang dengan mengadakan pasaria, hari kantin serta memohon sumbangan derma daripada dermawan tempatan dan luar. Pada awal tahun 1993, sejumlah wang sebanyak RM30,736.40 telah dapat dikumpulkan hasil sumbangan derma dan aktiviti hari kantin yang diadakan setiap dua bulan sekali.
Pada pertengahan tahun 1993, sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM60,000.00 daripada Kementerian Pendidikan. PIBG dan jemaah pengurus sekolah telah mengadakan Jamuan Malam Mesra pada 15 Disember 1993 di Dewan MCA Raub dan berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM27,000.00. Di samping itu, kutipan derma terus dijalankan dari semasa ke semasa. Pihak guru juga turut sama memberikan sumbangan sebanyak RM100.00 setiap orang.
Bagi menambah lagi tabung kewangan, Jamuan Malam Mesra murid-murid tua di Pacific Coffee House telah diadakan. Hasilnya wang sebanyak RM 12,000.00 telah dapat dikumpulkan.
Bangunan baru mula dibina pada 10 Oktober 1994 dan mula digunakan pada 1 September 1995. Pada tahun 2000, pagar konkrit dibina di bahagian hadapan sekolah bagi menggantikan pagar yang lama. Kos pembinaan berjumlah RM 15,000.00. Pada tahun itu juga dataran kejat telah dibina hasil sumbangan seorang dermawan, berjumlah RM 4000.00. Pada tahun 2001, bumbung sekolah telah dibaiki yang melibatkan kos sebanyak RM 30,000.00 dengan dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 2003, sebuah pondok pengawal keselamatan telah dibina yang menelan belanja sebanyak RM 8,000.00 yang juga dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebuah pondok bacaan telah dibina pada awal tahun 2004 yang bernilai kira-kira RM 7,000.00 hasil sumbangan PIBG, SK (P) Methodist Raub.

Visi dan Misi

VISI

MENJADIKAN SEKOLAH INI
SEKOLAH YANG TERUNGGUL,
CEMERLANG, DAN GEMILANG
MENJELANG TAHUN
2015


MISI

MENGAMAL DAN MENINGKATKAN
PENDIDIKAN YANG BERTERASKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN