Friday 23 September 2011

SKPM Juara Keseluruhan

22 September - SKPM menjadi Juara Keseluruhan Perkhemahan Pandu Puteri Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Daerah Raub yang tamat pada hari ini.  Warga SKPM mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan semua ahli Pandu Puteri yang mewakili sekolah ini.  Terbukti SKPM Boleh!!!!!!!

Monday 19 September 2011

Perkhemahan Pandu Puteri Menengah dan Rendah Daerah Raub

19 September - Bertempat di Tapak Perkhemahan Sg. Pasu, Perkhemahan Pandu Puteri Menengah dan Rendah telah diadakan.  Perkhemahan selama 4 hari 3 malam ini dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Raub. SKPM diwakili seramai 16 orang pelajar dan diiringan guru-guru Tunas Puteri yang terdiri daripada Kem Komandan, Cik Naga Devi, Cikgu Habsah, Cikgu Razifah, Khairi Jumaiah, Nor Faridah serta Cik Izati. Diharap murid SKPM dapat menimba pengalaman daripada perkhemahan ini. 

Anugerah APC

19 September - SKPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada tiga orang guru sekolah ini yang dianugerahi Perkhidmatan Cemerlang 2010 bertempat di SMK Gali.  Mereka adalah Ustaz Noor Hashim, Ustazah Bahariah dan Cikgu Kamaliah.  Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang dan sukses dalam kerjaya. 

Friday 16 September 2011

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2011


16 September - Bermula dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, perarakan sempena Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia telah diadakan.  SK Perempuan Methodist mengambil bahagian dalam perarakan ini.  Seramai 31 orang murid dari empat unit beruniform sekolah bersama 5 orang guru mewakili warga sekolah sempena hari yang bersejarah ini.  Guru yang mengambil bahagian adalah Cikgu Syaza, Cikgu Koh Lay Yong, Cikgu Razifah Hanim, Cikgu Nor Lizam dan Cikgu Mohd. Nazri selaku ketua kontinjen. 
Dalam perarakan ini, SKPM telah berjaya mendapat tempat ke-2, kategori sekolah dan menerima hadiah yang tunai sebanyak RM200.00.  Tahniah kepada murid-murid yang terlibat.  Akhir program, murid-murid bersama guru "menjamu selera" di Marrybrown bagi menghilangkan kepenatan dan meraikan kemenangan ini.  Tahniah dan tahun hadapan boleh cuba lagi.   

Monday 12 September 2011

GURU-GURU SERTA KAKITANGAN SK PEREMPUAN METHODIST RAUB MENGUCAPKAN SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN UPSR KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6.
SEMOGA BERJAYA. ANDA BOLEH!!!!!!!!!

Wednesday 7 September 2011


KENANGAN LAWATAN KE UIAM
TARIKH : 6 SEPTEMBER 2011

 DI HADAPAN 'TANGGA BESAR' UIAM

BERGAMBAR KENANGAN DI HADAPAN PERPUSTAKAAN UIAM

Lawatan ke UIAM dan KLCC

6 September - Satu lawatan ke UIAM telah diadakan.  Murid-murid Tahun 6 seramai 40 yang terpilih dan diiringi 4 orang guru bertolak seawal jam 7.00 pagi.  Rombongan ini bertujuan memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar yang bakal menempuh peperiksaan UPSR pada minggu hadapan.  Guru yang mengiringi terdiri daripada Cikgu Syaza, Cikgu Zainun, Cikgu Pusnani dan Cikgu Mohd. Nazri.  Guru Besar juga mengiri rombongan ini dengan berkenderaan sendiri.  Ketibaan rombongan ini disambut oleh kumpulan Fasilitator UIAM yang terdiri daripada 10 anggota.  Selesai sesi pengenalan, rombongan dibawa mengelilingi kampus UIAM. 

Rombongan Tahun 6 seterusnya melawat ke KLCC.  Murid-murid diberi peluang untuk bergerak di sekitar Suria KLCC dengan kawalan guru-guru.  Peserta rombongan pulang menjelang jam 5.30 petang.