Tuesday 26 July 2011

Mesyuarat Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

26 Julai - Bertempat di bilik guru, mesyuarat penyelarasan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah diadakan.  Dipengerusikan oleh Puan Guru Besar, mesyuarat berjalan dengan lancar. Taklimat tentang pembahagian tugas dan bajet telah diperjelaskan oleh Guru Besar.  Untuk makluman, Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SK(P) Methodist Raub; akan diadakan pada 28 hingga 30 Julai ini bertempat di Pusat Perkhemahan Sungai Pasu.  Perkhemahan melibatkan murid-murid tahun 4 dan 5. Selamat berkhemah dan semoga berjaya.

Monday 18 July 2011

Pemantauan Prasekolah Daerah

18 Julai - Pemantauan Prasekolah telah dijalankan oleh jawatankuasa penilai.  Mereka terdiri daripada Pengerusi MGB Daerah, Cikgu Mohd. Rosdi b. Ab. Jalil, merangkap guru besar SK Ulu Gali, Cikgu Badariah bt. Abu Bakar dan diiringi oleh wakil PPD, Encik Azman bin Suhor serta Cikgu Izuddin b. Isa, guru besar SK Krau 1. Semoga berjaya.

Sunday 17 July 2011

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2011

Antara peserta dari MGS
Guru Besar MGS, Hjh Hasnah Kamaruddin  (kiri sekali) : Antara yang hadir
Cenderahati dari MGB, Cikgu Mohd. Rosdi Ab. Jalil  kepada wakil PPD, En. Ahmad Halimi
Cikgu Razifah, Cikgu Safarijah (GPK 1) dan  Cikgu Syaza 
Wakil MGS menerima sijil penyertaan dari En. Ahmad Halimi

Bertempat di SK Mahmud (Fasa 1 - 9hingga 10 Julai) dan SK Raub Indah (Fasa 2 - 16 hingga 17 Julai), Kem Kecemerlangan UPSR untuk SK telah dijalankan.  Program ini dianjurkan oleh Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Raub dengan kerjasama PPD Raub dan PKKP Zon Raub.  Program hujung minggu ini memberi tumpuan tentang kaedah dan cara untuk menjawab soalan-soalan pepriksaan oleh guru-guru cemerlanga Daerah Raub.  Majlis penutupan dijalankan di SK Raub Indah dan dirasmikan oleh wakil PPD, Encik Ahmad Halimi bin Hj. Harun.  Pada dasarnya, program ini berjaya mendedahkan murid-murid tentang kaedah bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan yang sering timbul di dalam peperiksaan UPSR.  Tahniah dan syabas kepada calon-calon UPSR dari MGS kerana tidak melepaskan peluang seperti ini. 

Program KFC Bersama MGS

16 Julai - Bertempat di dewan sekolah, MGS menerima kunjungan KFC bersama program yang dirancang oleh syarikat francais tersebut.  Di antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan pakaian beragam dan pertandingan mewarna.  Berita yang lebih terperinci akan menyusul nanti. 

Saturday 9 July 2011

Perkhemahan Pandu Puteri Negeri Pahang

27 Jun - Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 27 hingga 30 Jun bertempat di D'Ambang Resort, Pekan, Pahang.  SK(P)M di antara sekolah yang menghantar pesertanya ke perkhemahan tersebut diwakili seramai 16 orang murid dan diiringi guru pengiring, Cikgu Habsah dan Cikgu Razifah. Sekolah lain yang mewakili daerah Raub adalah SK Satak, SK Muhammad Jabar dan SK Temau. Kesemua ahli berjumlah 35 orang.  Dalam perkhemahan tersebut, daerah Raub telah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Kem Kraf.  Diucapkan tahniah.  (Gambar akan menyusul....)

Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah


22 Jun - SK(P)Methodist Raub telah mendapat tempat yang keempat dalam Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Raub.  Pertandingan telah diadakan di SMK Gali.  Diucapkan tahniah kepada semua wakil sekolah di atas usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan.