Tuesday 22 May 2012

PROGRAM JATI DIRI DAN TEKNIK MENJAWAB UPSR BAHASA INGGERIS 2012

19 Mei - Program ini telah dijalankan dengan jayanya.  Program ini bertujuan membantu murid membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Di antara pengisian program adalah :
1. Memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris UPSR dan keperluan-keperluan sesamanya.
2. Membantu meningkatkan dinamika kelompok antara pelajar tahun enam yang dianggap agak pasif dalam kelas.
3. Membantu meningkatkan keyakinan murid dalam menghadapi bukan sahaja rakan sekelas, para guru malahan masyarakat luar sekolah.

Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.  Di antara tentatif program adalah ceramah yang bertajuk "Dinamika Kumpulan". LDK, dan Ceramah Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PSS dan Penyelaras Tahun 6.

PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH

Program Guru Penyayang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.  Ia bertujuan untuk membudayakan amalan penyayang di kalangan pendidik.  Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.  Program Guru Penyayang merupakan salah satu program yang dirangka di peringkat Kementerian dan pelaksanaannya secara menyeluruh kepada semua sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia melalu jabatan-jabatan pelajaran, pejabat pelajaran .  Justeru, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan program ini mencapai matlamat dan objektif pelaksanaannya.   Objektif program ini adalah :
1. Menjiwai budaya penyayang adalah budaya guru
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah rahmat kepada sekolah
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.




SKPM melaksanakan program ini  pada 17 April yang lalu.  Pada hari program berjalan, Guru Besar bersama guru-guru yang lain menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah dan menyemat "tag" kepada murid yang membawa maksud "kami sayang kamu". Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid ini akan berterusan sehingga bulan November nanti.  Program lain yang berkaitan adalah seperti Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada murid mengikut pencapaian dan anugerah yang diperolehi.

Monday 21 May 2012

Program DIDIK Berita Harian

20 Mei - Bertempat di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, program peningkatan UPSR anjuran Didik akhbar Berita Harian diadakan.  Program anjuran bersama Bank Rakyat ini melibatkan murid-murid tahun enam seluruh Raub.  Program  melibatkan latihan pengukuhan tiga mata pelajaran utama, iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.  Program bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 4.45 petang.  Murid-murid dari sekolah ini juga mengambil bahagian.  Semoga mendapat keberkatan dan ilmu bagaimana menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR nanti.  Kepada penceramah, diucapkan ribuan terima kasih. 

Thursday 17 May 2012

Saringan Khas Numerasi SKPM




Hari ini, 17 Mei 2012, Saringan Khas Linus (Numerasi) diadakan.  Ujian melibatkan murid-murid Tahun 2. En. Halimi berkesempatan mengunjungi sekolah bagi melihat sendiri perjalanan saringan ini.  Ujian ini pada asalnya dijadualkan pada 16 Mei tetapi ditunda ke hari ini disebabkan Sambutan Hari Guru yang diadakan semalam.  Kepada anak-anak......semoga berjaya menempuh ujian ini. 

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru

Hari ini, 16 Mei, warga SKPM meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema Sambutan Hari Guru tahun ini. Di antara program yang dijalankan hari ini di antaranya adalah ucapan Guru Besar, persembahan murid dan persembahan guru.  Guru Besar, Pn. Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru serta membacakan perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah Pendidikan.  Guru-guru juga mempersembahkan permainan "aksi spontan" di samping persembahan murid.  Murid-murid juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderahati kepada guru-guru.  Selamat Hari Guru.....tahun depan jumpa lagi.....

Selamat bertukar Ustazah Bahariah.....

Bermula 1 Mei 2012, Ustazah yang disayangi, Che Bahariah binti Che Ibrahim telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Mahmud.  Ia telah digantikan dengan Ustazah Ghasilah binti Ibrahim.  Semoga ustazah akan lebih sukses berada di sekolah yang baharu.  Selamat datang juga diucapkan kepada Ustazah Ghasilah.  Semoga dapat merancakkan lagi aktiviti keagamaan di sekolah kami.  

Program Motivational Talk On The Importance Of English Language For Junior And Senior Students

2 Mac - Program Motivational Talk telah diadakan di sekolah ini.  Penceramah, Dr. Monzair menyampaikan slot yang berkaitan dengan bahasa Inggeris.  Di antaranya tentang membunyikan huruf dan perkataan, sebutan, penggunaan tatabahasa, memperkaya kosa kata, teknik membaca yang betul, penulisan serta mempelajari teknik berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.   Murid-murid juga didedah bagaimana cara menggunakan idioms and proverbs, fungsi synonyms, antonyms and homonyms.  Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid tahun 3, 4, 5, dan 6.  Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dijayakan bersama jawatankuasa induk Pusat Sumber Sekolah. Majlis tamat jam 10.00 pagi.  Guru Besar sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah. 

Program Solat Hajat

19 April - Program Solat Hajat yang pertama telah diadakan.  Program bermula jam 7.00 malam.  Kehadiran ibu bapa pada tahun ini amat menggalakkan dan bersama-sama bersolat hajat memohon kepada Ilahi kejayaan anak-anak mereka  yang akan menempuh peperiksaan UPSR pada September tahun ini.  Majlis disudahi dengan jamuan ringkas.