Saturday 27 August 2011

Tiga Peristiwa Menjelang Aidil Fitri

26 Ogos : Peristiwa Pertama : Lawatan Pemantau ke Sudut PPDa SKPM telah dilakukan oleh  JK berkenaan.  Pemantauan diketuai oleh En. Zamzuri dan Tn. Hj. Affendy dari PPD Raub dan diiringi bersama seorang pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan Cawangan Raub.

Peristiwa Kedua : Sambutan Ambang Kemerdekaan diadakan di Dewan SKPM pada jam 11.00 pagi ini.  Program bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, ucapan Guru Besar dan deklamasi sajak oleh murid-murid  secara individu dan berkumpulan.  Tidak ketinggalan juga, guru-guru pelatih yang sedang mengikuti ROS turut menyampaikan sajak dan lagu "Warisan" nyanyian Allahyarham Sudirman.  Program diserikan lagi dengan kibaran bendera oleh murid-murid pelbagai kaum di SKPM berserta guru-guru.
Murid bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang

Guru Besar bersama guru-guru bersama menyanyikan lagu-lagu patriotik

Sajak "Warisan" dari kumpulan guru ROS


Peristiwa Ketiga : Sambutan Menjelang Aidil Fitri juga turut diadakan di Dewan SKPM.  Selesai meraikan Sambutan Ambang Kemerdekaan, program sambutan Aidil Fitri juga turut diadakan.  Lagu-lagu Hari Raya dimainkan dan murid-murid bersalaman dengan guru-guru sebelum bersurai.  Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. 

No comments:

Post a Comment