Wednesday 7 March 2012

Karnival Koakademik Bahasa Melayu

 Wakil sekolah bergambar kenangan bersama sijil dan medal yang dimenangi.



Karnival Koakademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Raub telah diadakan pada 23 Februari bertempat di SK Bandar Raub sebagai tuan rumah.  Seterusnya, peringkat Daerah Raub telah diadakan pada 1 Mac 2012 di SK Raub Indah.  Program ini menampilkan pertandingan pidato, bercerita tahap I dan 2, berbalas pantun dan permainan sahibba.  SKPM tidak ketinggalan menghantar wakilnya menyertai pertandingan ini.  Pada peringkat zon bandar Raub, peserta SKPM yang mewakili zon adalah daripada acara pidato, bercerita tahap 1, pantun dan 5 peserta sahibba.  Pertandingan peringat daerah pula menyaksikan kejayaan yang membanggakan SKPM kerana berjaya menggondol juara tempat pertama dan kedua permainan sahibba, naib johan pidato dan tempat ketiga bercerita tahap 2. Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah kita.  Tahun-tahun mendatang SKPM akan terus memberikan tentangan yang hebat dalam setiap acara yang dipertandingkan.  

Pasukan Badminton SKPM Menyerlah

 Nik Nur Syafiqah, Nur Fatin Najwa dan Nur Adnin Balqis
 Nur Fatin Najwa dengan posing bergaya...

 Aksi pertandingan di SMK Setia Wangsa, Lipis. 

Pasukan Badminton sekolah SKPM merupakan pasukan yang mendapat perhatian di peringkat zon dan daerah khususnya pemain kategori perempuan.  Pada kejohanan Badminton Daerah Raub yang berlangsung pada 10 Februari, pemain bawah 12, adik Nur Fatin Najwa menjadi johan.  Adik Nik Nur Syafiqah dan Nur Adnin Balqis pula menjadi naib johan beregu perempuan bawah 12 tahun.  Walaupun adik Nur Fatin Najwa tidak berjaya di dalam Kejohanan Badminton MSSP yang berlangsung di SMK Setia Wangsa, Lipis namun warga SKPM merakam setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan yang diperolehi.  Tahun depan kita cuba lagi.........!!!!!!

Program Sambutan Maulidur Rasul





Pada 11 Februari, bertempat di dataran perhimpunan, murid-murid bersama para guru bersama-sama berarak meraikan Sambutan Maulidur Rasul.  Perarakan bermula dan berakhir di dataran perhimpunan sekolah.  Bacaan salawat diketuai oleh Ustaz Noor Hashim Jamal dan dibantu oleh Cikgu Abd. Raman Md. Ali.  Murid-murid membawa bersama sepanduk memuji kebesaran Nabi Muhammad S.A.W.  Perarakan melalui jalan belakang sekolah dan berpatah balik di Pejabat Hutan Raub.  Majlis diakhiri dengan ceramah agama oleh Ustazah Che Bahariah Che Ibrahim. 

Merentas Desa Peringkat Sekolah

8 Februari - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini.  Walaupun sekolah padat dengan program peringkat zon dan daerah, kejohanan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.  Guru Besar, Pn. Hajah Hasnah binti Kamaluddin berkenan melepaskan para peserta kejohanan. Program bermula pada jam 3.00 petang ini berakhir jam 5.00 petang.  Tahniah dan sekalung penghargaan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan kakitangan kerana membantu menjayakan merentas desa ini.  Hadiah disampaikan oleh Guru Besar pada hari Isnin, 13 Februari pada majlis perhimpunan mingguan. 

Minggu Orientasi Sekolah



30 Disember 2011 - Telah diadakan Orientasi murid-murid tahun satu sekolah ini.  Guru Besar, Pn. Hajah Hasnah mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan penjaga.  Dalam ucapannya, Guru Besar juga memberikan penjelasan tentang KSSR yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.  Dengan penjelasan ini, diharapkan, ibu bapa dan penjaga memahami perjalanan pendidikan anak-anak mereka.