Monday 31 October 2011

Pelancaran Kelab Rukun Negara SKPM

31 Oktober - Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Perempuan Methodist Raub telah diadakan.  Majlis disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin.  Di antara aktiviti yang dijalankan adalah nyanyian Lagu Rukun Negara, deklamasi sajak dan penyerahan fail kelab oleh Guru Besar kepada Jawatankuasa Penaja Kelab Rukun Negara.  Adalah diharapkan agar dengan penubuhan kelab ini akan dapat menyemarakkan lagi kecintaan murid-murid kepada negara melalui Prinsip Rukun Negara.  

Program Minggu Bahasa

6 Oktober - Program Minggu Bahasa telah diadakan.  Program dijalankan mengikut perancangan melalui program MBMMBI yang dikehendaki oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.  Di antara pertandingan yang dijalankan seperti mendeklamasi sajak, persembahan murid dan sebagainya. 

Wednesday 5 October 2011

Gotong-royong Kemahiran Hidup

4 Oktober - Gotong-royong ringkas telah diadakan di persekitaran bilik KH.  GPK 1 mengetuai program ini dengan bantuan dari guru KH dan pekerja-pekerja swasta.  Program yang dijalankan seperti menebas lalang dan rumput rampai di sekeliling bilik KH, lereng bukit serta kawasan stor buku.  Diikuti dengan sedikit usaha menanam pokok ubi kayu, bayam, serai, kunyit serta tumbuhan herba yang lain.  Sedikit jamuan ringkas diadakan selepas program ini berjalan.  Bagus cikgu-cikgu.......!!!!! Nanti kita boleh buat lagi gotong-royong yang lain......!!!

Monday 3 October 2011

Spelling Competition

29 hingga 30 - SK Perempuan Methodist Raub mewakili daerah Raub dalam pertandingan mengeja Bahasa Inggeris yang diadakan di SM Convent, Cameron Highland.  Pasukan daerah Raub diwakili oleh 3 orang pelajar dari SKPM. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid yang mewakili pertandingan ini.  Tahun hadapan kita cuba lagi. 

Majlis Khatam Quran

30 September - Majlis Khatam Quran telah diadakan di sekolah ini.  Ia melibatkan murid-murid dari tahun 6 yang baru sahaja menempuh peperiksaan UPSR. Semoga Al-Quran menjadi pedoman hidup sepanjang hayat.