Monday 26 November 2012

ALUMNI MGS

Salam Sejahtera,
SK Perempuan Methodist, Raub mengalu-alukan kepada semua bekas murid dan guru sekolah ini untuk menjadi ahli ALUMNI SKPM.  Masukkan nama anda melalui "Comments".  Semoga dapat terus memakmurkan lagi sekolah ini.  Sekian.

Monday 19 November 2012

UPSR 2012.....MGS Cemerlang!!!!!

Guru Besar semasa mengumumkan pencapaian UPSR
19 November - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid tahun 6 SKPM yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini.  Pada tahun ini, seramai 22 orang murid telah berjaya mendapat 5A, 18 orang mendapat 4A1B dan 9 orang 3A2B.  Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin mengumumkan pencapaian sebanyak 95.65% keseluruhan dan GPS tahun ini adalah 1.43 dan yang tertinggi setakat ini.  Dalam ucapannya di hadapan ibu bapa dan penjaga, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutamanya guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik murid-murid di samping ucapan syabas kepada ibu bapa yang turut membantu anak-anak mereka sepanjang tahun ini.  SKPM juga telah dianugerahi Sijil Gred Purata Sekolah Tertinggi UPSR 2012 dan Peningkatan 5A Tertinggi UPSR 2012 oleh Pejabat Pelajaran Daerah Raub.  Tahniah dan syabas. 

Foto semasa majlis pengumuman pencapaian UPSR2012 oleh Guru Besar. 






































Monday 12 November 2012

Jamuan Persaraan dan Mesyuarat Akhir Tahun

12 November - Jamuan sempena persaraa Tn. Haji Noor Hashim dan Hjh. Hafsah diadakan di Tanah Aina Resort, Bentong.  Pn.Hajah Hasnah, Guru Besar menyampaikan beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan pada akhir tahun ini. Di antara perkara penting seperti SPBS, keputusan UPSR, jualan buku dan pembayaran yuran serta mesyuarat awal tahun. Selesai jamuan, Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada guru yang bersara serta buah tangan kepada semua guru yang hadir.  Kita jumpa lagi minggu hadapan sempena keputusan UPSR yang akan diumumkan pada 19 November ini. 

Selamat Bersara

9 November - Pada tahun ini, SKPM kehilangan dua orang guru yang berwibawa dan banyak menyumbang tenaga dan fikiran di sekolah ini.  Tuan Haji Noor Hashim bin Jamal dan Puan Hajah Hafsah binti Budin akan mengakhiri zaman mereka sebagai guru di sekolah ini.  Tn. Haji Noor Hashim secara rasmi menamatkan perkhidmatannya pada 12 November ini sementara Pn. Hjh. Hafsah akan menamatkan perkhidmatannya pada 1 Januari 2013 nanti.  Majlis perarakan persaraan mereka diadakan pada hari ini dengan perbarisan murid-murid sepanjang laluan sekolah.  Mereka diiringi oleh barisan GPK bersalaman dengan murid-murid dan diiring keluar dari kawasan sekolah sebelum diarak pulang ke kediaman masing-masing.  Semoga dikekalkan kesihatan dan dirahmati Allah sentiasa.  Kepada mereka, ucapkan selamat bersara dan ada masa kita jumpa lagi.......

Selamat Bercuti

SK Perempuan mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid.  Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.