Saturday 27 August 2011

UCAPAN HARI RAYA

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMPUAN METHODIST RAUB MENGUCAPKAN 'SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI' KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK, KAKITANGAN, PEKERJA SERTA MURID-MURID. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. SELAMAT PULANG DAN KEMBALI. 
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiga Peristiwa Menjelang Aidil Fitri

26 Ogos : Peristiwa Pertama : Lawatan Pemantau ke Sudut PPDa SKPM telah dilakukan oleh  JK berkenaan.  Pemantauan diketuai oleh En. Zamzuri dan Tn. Hj. Affendy dari PPD Raub dan diiringi bersama seorang pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan Cawangan Raub.

Peristiwa Kedua : Sambutan Ambang Kemerdekaan diadakan di Dewan SKPM pada jam 11.00 pagi ini.  Program bermula dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, ucapan Guru Besar dan deklamasi sajak oleh murid-murid  secara individu dan berkumpulan.  Tidak ketinggalan juga, guru-guru pelatih yang sedang mengikuti ROS turut menyampaikan sajak dan lagu "Warisan" nyanyian Allahyarham Sudirman.  Program diserikan lagi dengan kibaran bendera oleh murid-murid pelbagai kaum di SKPM berserta guru-guru.
Murid bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang

Guru Besar bersama guru-guru bersama menyanyikan lagu-lagu patriotik

Sajak "Warisan" dari kumpulan guru ROS


Peristiwa Ketiga : Sambutan Menjelang Aidil Fitri juga turut diadakan di Dewan SKPM.  Selesai meraikan Sambutan Ambang Kemerdekaan, program sambutan Aidil Fitri juga turut diadakan.  Lagu-lagu Hari Raya dimainkan dan murid-murid bersalaman dengan guru-guru sebelum bersurai.  Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. 

Pemantauan Pusat Sumber

25 Ogos - Pemantauan PSS telah dilakukan oleh JK Pemantauan PSS Zon Raub pada hari ini.  Pemantauan dilakukan oleh Pn. Chow dan Mr. Leong.  Semoga PSS kita sukses selalu.

Tuesday 23 August 2011

Persembahan 5M


Murid-murid daripada Tahun 5 Maju telah mempersembahkan satu persembahan pada sesi perhimpunan mingguan.  Persembahan ini mendapat tepukan daripada murid-murid kerana tindakan berani dan bersahaja mereka merupakan satu amalan yang baik.   Murid SKPM perlu berani dan yakin dengan kebolehan mereka. Syabas kepada guru yang membimbing mereka walaupun melalui latihan yang singkat.  Minggu-minggu mendatang kita berharap kelas-kelas lain berani melakukan aktiviti  seumpamanya ini.  Syabas.

Penyampaian Zakat Sempena Hari Raya

Guru Besar menyampaikan sumbangan
22 Ogos - Majlis penyampaian zakat dan sumbangan ikhlas daripada warga SKPM telah diadakan.  Sumbangan zakat juga diterima daripada Bank Rakyat sempena  hari raya untuk disampaikan kepada anak-anak yatim dan miskin sekolah ini.  Sumbangan disampaikan oleh Puan Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin.  

Peperiksaan PKSR 3

Warga SKPM serta guru-guru mengucapkan selamat menempuh peperiksaan PKSR 3 kepada semua murid.  Semoga menjawab soalan dengan cermat dan memperolehi kejayaan yang diharapkan.  Peperiksaan berlangsung dari 22 Ogos sehingga 25 Ogos 2011.  Selamat berjaya. 

Monday 22 August 2011

Motivasi Tahun 6

16 Ogos - Bertempat di Dewan SKPM, satu ceramah motivasi telah diadakan.  Penceramah jemputan, YM Raja Ali bin Raja Shahadan menyampaikan ceramah yang bertajuk "Menjana Jati Diri Cemerlang". YM Raja Ali juga merupakan Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan penceramah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat khasnya daerah Raub. Ceramah bermula jam 8.45 pagi dan tamat menjelang jam 12.30 tengah hari.  Program dianjurkan sekolah ini bertujuan memberi semangat serta dorongan kepada murid-murid yang bakal menempuh peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Sepanjang ceramah, peserta memberikan tumpuan menyeluruh.  Ada masa bergelak ketawa dan ada masanya menangis mendengar kisah-kisah menyayat hati daripada YM penceramah.  
Program ditamatkan dengan acara penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan bersama penceramah.  Cenderahati disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Encik Mohd. Nazri bin Omar.  Kepada anak-anak murid SKPM, kenanglah jasa ibu dan bapa dan bahagiakan mereka melalui kejayaan dalam UPSR nanti.  Anda boleh!!!!! SKPM Boleh!!!!!!

Tuesday 2 August 2011

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform


Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform telah dijalankan pada 28 sehingga 30 Julai 2011 baru-baru ini.  Perkhemahan diadakan di Tapak Perkhemahan Sungai Pasu.  Seramai 75 ahli yang terdiri daripada Unit Beruniform Pengakap (26 orang), Tunas Kadet Remaja Sekolah (13 orang), Pandu Puteri Tunas (12 orang) dan Puteri Islam (24 orang).  Pendaftaran seawal jam 8.00 pagi di sekolah dan peserta menaiki bas ke tapak perkhemahan.  Di antara aktiviti yang dijalankan adalah kawad kaki asas, kembara, Kim's Game, ikhtiar hidup serta latihan ikatan dan simpulan.  Perjalanan perkhemahan berjalan dengan lancar dan melibatkan hampir semua guru SK(P) Methodist Raub.  
Perasmian Penutupan disempurnakan oleh wakil PPD, Encik Zamzuri pada hari Sabtu (30 Jun).  Peserta yang menyertai perkhemahan dianugerah dengan sijil penyertaan di samping hadiah pertandingan yang diadakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan.    

Hiburan Minda