Monday 22 August 2011

Motivasi Tahun 6

16 Ogos - Bertempat di Dewan SKPM, satu ceramah motivasi telah diadakan.  Penceramah jemputan, YM Raja Ali bin Raja Shahadan menyampaikan ceramah yang bertajuk "Menjana Jati Diri Cemerlang". YM Raja Ali juga merupakan Pengerusi Rumah Anak-anak Yatim Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan penceramah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat khasnya daerah Raub. Ceramah bermula jam 8.45 pagi dan tamat menjelang jam 12.30 tengah hari.  Program dianjurkan sekolah ini bertujuan memberi semangat serta dorongan kepada murid-murid yang bakal menempuh peperiksaan UPSR tidak lama lagi.  Sepanjang ceramah, peserta memberikan tumpuan menyeluruh.  Ada masa bergelak ketawa dan ada masanya menangis mendengar kisah-kisah menyayat hati daripada YM penceramah.  
Program ditamatkan dengan acara penyampaian cenderahati dan bergambar kenangan bersama penceramah.  Cenderahati disampaikan oleh GPK Kokurikulum, Encik Mohd. Nazri bin Omar.  Kepada anak-anak murid SKPM, kenanglah jasa ibu dan bapa dan bahagiakan mereka melalui kejayaan dalam UPSR nanti.  Anda boleh!!!!! SKPM Boleh!!!!!!

No comments:

Post a Comment