Monday 20 October 2014

Perkhemahan unit beruniform

Perkhemahan unit beruniform telah diadakan pada 11 hingga 12 Oktober bertempat di MS Chermekau Chalet, Ulu Dong. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MGS kerana berjaya menjalankan program ini.




Wednesday 15 October 2014

SELAMAT DATANG GURU BESAR

Jun - Warga SK Perempuan Methodist, Raub menyambut kedatangan Guru Besar yang baharu menggantikan Puan Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin.  Puan Hajah Badariah binti Abu Bakar sebelum ini merupakan Guru Besar di SK Raub Indah.  Semoga dengan kepimpinan yang ada pada beliau, warga SKPM berharap sekolah ini akan terus cemerlang dalam semua bidang samada kurikulum maupun kokurikulum. Kepada Guru Besar, selamat datang dan tahniah kami ucapkan.

Tuesday 14 October 2014

ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8

WARGA SK PEREMPUAN METHODIST, RAUB MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS ANUGERAH  SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BARU-BARU INI.  TERUSKAN USAHA KE ARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.  TAHNIAH.

Wednesday 20 November 2013

Tahniah....

Warga pendidikan SK Perempuan mengucapkan tahniah kepada 22 orang murid sekolah ini kerana berjaya memperolehi keputusan 5A.  Ia menyamai rekod pada tahun lepas.  Tahniah dan teruskan keunggulan dalam UPSR untuk tahun-tahun akan datang.

Taklimat PAJSK

Thursday 17 October 2013

Penilaian Sekolah Kluster Kecemerlangan

Bertarikh 10 Oktober 2013, SKPM telah didatangi oleh lima orang Nazir bagi tujuan Penilaian Sekolah Kluster Kecemerlangan.  Kehadiran mereka bertujuan untuk membuat semakan dan penilaian bagi menentukan sekolah ini sama ada layak untuk dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster.  Semoga berjaya.

Friday 23 August 2013

Warga Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf zahir dan Batin.

Monday 26 November 2012

ALUMNI MGS

Salam Sejahtera,
SK Perempuan Methodist, Raub mengalu-alukan kepada semua bekas murid dan guru sekolah ini untuk menjadi ahli ALUMNI SKPM.  Masukkan nama anda melalui "Comments".  Semoga dapat terus memakmurkan lagi sekolah ini.  Sekian.

Monday 19 November 2012

UPSR 2012.....MGS Cemerlang!!!!!

Guru Besar semasa mengumumkan pencapaian UPSR
19 November - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid tahun 6 SKPM yang telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini.  Pada tahun ini, seramai 22 orang murid telah berjaya mendapat 5A, 18 orang mendapat 4A1B dan 9 orang 3A2B.  Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin mengumumkan pencapaian sebanyak 95.65% keseluruhan dan GPS tahun ini adalah 1.43 dan yang tertinggi setakat ini.  Dalam ucapannya di hadapan ibu bapa dan penjaga, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutamanya guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik murid-murid di samping ucapan syabas kepada ibu bapa yang turut membantu anak-anak mereka sepanjang tahun ini.  SKPM juga telah dianugerahi Sijil Gred Purata Sekolah Tertinggi UPSR 2012 dan Peningkatan 5A Tertinggi UPSR 2012 oleh Pejabat Pelajaran Daerah Raub.  Tahniah dan syabas. 

Foto semasa majlis pengumuman pencapaian UPSR2012 oleh Guru Besar. 






































Monday 12 November 2012

Jamuan Persaraan dan Mesyuarat Akhir Tahun

12 November - Jamuan sempena persaraa Tn. Haji Noor Hashim dan Hjh. Hafsah diadakan di Tanah Aina Resort, Bentong.  Pn.Hajah Hasnah, Guru Besar menyampaikan beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan pada akhir tahun ini. Di antara perkara penting seperti SPBS, keputusan UPSR, jualan buku dan pembayaran yuran serta mesyuarat awal tahun. Selesai jamuan, Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada guru yang bersara serta buah tangan kepada semua guru yang hadir.  Kita jumpa lagi minggu hadapan sempena keputusan UPSR yang akan diumumkan pada 19 November ini.