Monday 20 October 2014

Perkhemahan unit beruniform

Perkhemahan unit beruniform telah diadakan pada 11 hingga 12 Oktober bertempat di MS Chermekau Chalet, Ulu Dong. Tahniah dan syabas kepada seluruh warga MGS kerana berjaya menjalankan program ini.




Wednesday 15 October 2014

SELAMAT DATANG GURU BESAR

Jun - Warga SK Perempuan Methodist, Raub menyambut kedatangan Guru Besar yang baharu menggantikan Puan Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin.  Puan Hajah Badariah binti Abu Bakar sebelum ini merupakan Guru Besar di SK Raub Indah.  Semoga dengan kepimpinan yang ada pada beliau, warga SKPM berharap sekolah ini akan terus cemerlang dalam semua bidang samada kurikulum maupun kokurikulum. Kepada Guru Besar, selamat datang dan tahniah kami ucapkan.

Tuesday 14 October 2014

ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8

WARGA SK PEREMPUAN METHODIST, RAUB MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS ANUGERAH  SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BARU-BARU INI.  TERUSKAN USAHA KE ARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.  TAHNIAH.