Tuesday 22 May 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH

Program Guru Penyayang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.  Ia bertujuan untuk membudayakan amalan penyayang di kalangan pendidik.  Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.  Program Guru Penyayang merupakan salah satu program yang dirangka di peringkat Kementerian dan pelaksanaannya secara menyeluruh kepada semua sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia melalu jabatan-jabatan pelajaran, pejabat pelajaran .  Justeru, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan program ini mencapai matlamat dan objektif pelaksanaannya.   Objektif program ini adalah :
1. Menjiwai budaya penyayang adalah budaya guru
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah rahmat kepada sekolah
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.




SKPM melaksanakan program ini  pada 17 April yang lalu.  Pada hari program berjalan, Guru Besar bersama guru-guru yang lain menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah dan menyemat "tag" kepada murid yang membawa maksud "kami sayang kamu". Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid ini akan berterusan sehingga bulan November nanti.  Program lain yang berkaitan adalah seperti Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada murid mengikut pencapaian dan anugerah yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment