8 Februari - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari ini. Walaupun sekolah padat dengan program peringkat zon dan daerah, kejohanan ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Guru Besar, Pn. Hajah Hasnah binti Kamaluddin berkenan melepaskan para peserta kejohanan. Program bermula pada jam 3.00 petang ini berakhir jam 5.00 petang. Tahniah dan sekalung penghargaan kepada pihak pentadbir, guru-guru dan kakitangan kerana membantu menjayakan merentas desa ini. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar pada hari Isnin, 13 Februari pada majlis perhimpunan mingguan.
No comments:
Post a Comment