SK Perempuan Methodist, Raub mengalu-alukan kepada semua bekas murid dan guru sekolah ini untuk menjadi ahli ALUMNI SKPM. Masukkan nama anda melalui "Comments". Semoga dapat terus memakmurkan lagi sekolah ini. Sekian.
Monday, 26 November 2012
Monday, 19 November 2012
UPSR 2012.....MGS Cemerlang!!!!!
Guru Besar semasa mengumumkan pencapaian UPSR |
19 November - Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid tahun 6 SKPM yang
telah berjaya mendapat keputusan 5A dalam UPSR baru-baru ini. Pada
tahun ini, seramai 22 orang murid telah berjaya mendapat 5A, 18 orang
mendapat 4A1B dan 9 orang 3A2B. Guru Besar, Hajah Hasnah binti Hj.
Kamaluddin mengumumkan pencapaian sebanyak 95.65% keseluruhan dan GPS
tahun ini adalah 1.43 dan yang tertinggi setakat ini. Dalam ucapannya
di hadapan ibu bapa dan penjaga, beliau mengucapkan tahniah kepada semua
pihak terutamanya guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik murid-murid
di samping ucapan syabas kepada ibu bapa yang turut membantu anak-anak
mereka sepanjang tahun ini. SKPM juga telah dianugerahi Sijil Gred
Purata Sekolah Tertinggi UPSR 2012 dan Peningkatan 5A Tertinggi UPSR
2012 oleh Pejabat Pelajaran Daerah Raub. Tahniah dan syabas.
Foto semasa majlis pengumuman pencapaian UPSR2012 oleh Guru Besar.
Monday, 12 November 2012
Jamuan Persaraan dan Mesyuarat Akhir Tahun
12 November - Jamuan sempena persaraa Tn. Haji Noor Hashim dan Hjh. Hafsah diadakan di Tanah Aina Resort, Bentong. Pn.Hajah Hasnah, Guru Besar menyampaikan beberapa perkara penting yang perlu diselesaikan pada akhir tahun ini. Di antara perkara penting seperti SPBS, keputusan UPSR, jualan buku dan pembayaran yuran serta mesyuarat awal tahun. Selesai jamuan, Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada guru yang bersara serta buah tangan kepada semua guru yang hadir. Kita jumpa lagi minggu hadapan sempena keputusan UPSR yang akan diumumkan pada 19 November ini.
Selamat Bersara
Selamat Bercuti
SK Perempuan mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.
Saturday, 30 June 2012
28 Jun - Bertempat di Masjid Sultan Ahmad Shah, SKPM mengadakan majlis Solat Hajat siri 2. Program Solat Hajat ini dihadiri oleh guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang akan menghadapi Peperiksaan Ujian Penilai Sekolah Rendah pada bulan September nanti. Antara program pada malam itu adalah solat hajat, bacaan yasin dan tahlil. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.
27 Jun - Tahniah diucapkan kepada pasukan Choral Speaking SKPM kerana berjaya menjuarai serta mewakili daerah Raub ke Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri Pahang di SMK Seri Bentong pada 1 Julai 2012. Pemilihan peringkat daerah melibatkan dua buah sekolah iaitu SK Perempuan Methodist dan SJKC Chung Ching. Semoga berjaya.
Tuesday, 22 May 2012
PROGRAM JATI DIRI DAN TEKNIK MENJAWAB UPSR BAHASA INGGERIS 2012
19 Mei - Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Program ini bertujuan membantu murid membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Di antara pengisian program adalah :
1. Memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris UPSR dan keperluan-keperluan sesamanya.
2. Membantu meningkatkan dinamika kelompok antara pelajar tahun enam yang dianggap agak pasif dalam kelas.
3. Membantu meningkatkan keyakinan murid dalam menghadapi bukan sahaja rakan sekelas, para guru malahan masyarakat luar sekolah.
Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Di antara tentatif program adalah ceramah yang bertajuk "Dinamika Kumpulan". LDK, dan Ceramah Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PSS dan Penyelaras Tahun 6.
1. Memberi pendedahan kepada murid teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris UPSR dan keperluan-keperluan sesamanya.
2. Membantu meningkatkan dinamika kelompok antara pelajar tahun enam yang dianggap agak pasif dalam kelas.
3. Membantu meningkatkan keyakinan murid dalam menghadapi bukan sahaja rakan sekelas, para guru malahan masyarakat luar sekolah.
Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Di antara tentatif program adalah ceramah yang bertajuk "Dinamika Kumpulan". LDK, dan Ceramah Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PSS dan Penyelaras Tahun 6.
PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH
Program Guru Penyayang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran. Ia bertujuan untuk membudayakan amalan penyayang di kalangan pendidik. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Program Guru Penyayang merupakan salah satu program yang dirangka di peringkat Kementerian dan pelaksanaannya secara menyeluruh kepada semua sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia melalu jabatan-jabatan pelajaran, pejabat pelajaran . Justeru, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan program ini mencapai matlamat dan objektif pelaksanaannya. Objektif program ini adalah :
1. Menjiwai budaya penyayang adalah budaya guru
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah rahmat kepada sekolah
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
SKPM melaksanakan program ini pada 17 April yang lalu. Pada hari program berjalan, Guru Besar bersama guru-guru yang lain menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah dan menyemat "tag" kepada murid yang membawa maksud "kami sayang kamu". Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid ini akan berterusan sehingga bulan November nanti. Program lain yang berkaitan adalah seperti Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada murid mengikut pencapaian dan anugerah yang diperolehi.
1. Menjiwai budaya penyayang adalah budaya guru
2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
3. Menyedari bahawa setiap murid adalah rahmat kepada sekolah
4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
SKPM melaksanakan program ini pada 17 April yang lalu. Pada hari program berjalan, Guru Besar bersama guru-guru yang lain menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah dan menyemat "tag" kepada murid yang membawa maksud "kami sayang kamu". Program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid ini akan berterusan sehingga bulan November nanti. Program lain yang berkaitan adalah seperti Program Mentor Mentee dan memberi penghargaan kepada murid mengikut pencapaian dan anugerah yang diperolehi.
Monday, 21 May 2012
Program DIDIK Berita Harian
20 Mei - Bertempat di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, program peningkatan UPSR anjuran Didik akhbar Berita Harian diadakan. Program anjuran bersama Bank Rakyat ini melibatkan murid-murid tahun enam seluruh Raub. Program melibatkan latihan pengukuhan tiga mata pelajaran utama, iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Program bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 4.45 petang. Murid-murid dari sekolah ini juga mengambil bahagian. Semoga mendapat keberkatan dan ilmu bagaimana menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR nanti. Kepada penceramah, diucapkan ribuan terima kasih.
Thursday, 17 May 2012
Saringan Khas Numerasi SKPM
Hari ini, 17 Mei 2012, Saringan Khas Linus (Numerasi) diadakan. Ujian melibatkan murid-murid Tahun 2. En. Halimi berkesempatan mengunjungi sekolah bagi melihat sendiri perjalanan saringan ini. Ujian ini pada asalnya dijadualkan pada 16 Mei tetapi ditunda ke hari ini disebabkan Sambutan Hari Guru yang diadakan semalam. Kepada anak-anak......semoga berjaya menempuh ujian ini.
Wednesday, 16 May 2012
Selamat Hari Guru
Hari ini, 16 Mei, warga SKPM meraikan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" merupakan tema Sambutan Hari Guru tahun ini. Di antara program yang dijalankan hari ini di antaranya adalah ucapan Guru Besar, persembahan murid dan persembahan guru. Guru Besar, Pn. Hajah Hasnah binti Hj. Kamaluddin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru serta membacakan perutusan Hari Guru dari Ketua Pengarah Pendidikan. Guru-guru juga mempersembahkan permainan "aksi spontan" di samping persembahan murid. Murid-murid juga tidak ketinggalan menyampaikan cenderahati kepada guru-guru. Selamat Hari Guru.....tahun depan jumpa lagi.....
Selamat bertukar Ustazah Bahariah.....
Bermula 1 Mei 2012, Ustazah yang disayangi, Che Bahariah binti Che Ibrahim telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Mahmud. Ia telah digantikan dengan Ustazah Ghasilah binti Ibrahim. Semoga ustazah akan lebih sukses berada di sekolah yang baharu. Selamat datang juga diucapkan kepada Ustazah Ghasilah. Semoga dapat merancakkan lagi aktiviti keagamaan di sekolah kami.
Program Motivational Talk On The Importance Of English Language For Junior And Senior Students
2 Mac - Program Motivational Talk telah diadakan di sekolah ini. Penceramah, Dr. Monzair menyampaikan slot yang berkaitan dengan bahasa Inggeris. Di antaranya tentang membunyikan huruf dan perkataan, sebutan, penggunaan tatabahasa, memperkaya kosa kata, teknik membaca yang betul, penulisan serta mempelajari teknik berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Murid-murid juga didedah bagaimana cara menggunakan idioms and proverbs, fungsi synonyms, antonyms and homonyms. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid tahun 3, 4, 5, dan 6. Program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini dijayakan bersama jawatankuasa induk Pusat Sumber Sekolah. Majlis tamat jam 10.00 pagi. Guru Besar sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah.
Program Solat Hajat
19 April - Program Solat Hajat yang pertama telah diadakan. Program bermula jam 7.00 malam. Kehadiran ibu bapa pada tahun ini amat menggalakkan dan bersama-sama bersolat hajat memohon kepada Ilahi kejayaan anak-anak mereka yang akan menempuh peperiksaan UPSR pada September tahun ini. Majlis disudahi dengan jamuan ringkas.
Wednesday, 21 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)