22 Jun - Pertandingan Kuiz Doktor Muda dan Tokoh Doktor Muda peringkat Negeri Pahang sempena Mini Konvesyen Doktor Muda telah diadakan di Maran. SKPM telah menghantar wakilnya yang terdiri daripada 5 peserta iaitu Anisa Syawani Nordin, Ayu Umairah Kamaluddin, Loo Kai Lin, Pelveena a/p Dhass dan Farah Alya Mohd. Azahari. Dalam pertandingan kuiz Doktor Muda, peserta dari SKPM Raub telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan. - Laporan oleh Cikgu Khoo Lay Yong.
Thursday, 30 June 2011
Kuiz Doktor Muda
22 Jun - Pertandingan Kuiz Doktor Muda dan Tokoh Doktor Muda peringkat Negeri Pahang sempena Mini Konvesyen Doktor Muda telah diadakan di Maran. SKPM telah menghantar wakilnya yang terdiri daripada 5 peserta iaitu Anisa Syawani Nordin, Ayu Umairah Kamaluddin, Loo Kai Lin, Pelveena a/p Dhass dan Farah Alya Mohd. Azahari. Dalam pertandingan kuiz Doktor Muda, peserta dari SKPM Raub telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan. - Laporan oleh Cikgu Khoo Lay Yong.
Lawatan Penanda Aras
SKPM Raub melakukan beberapa lawatan penanda aras ke sekolah-sekolah contoh dan SBT. Objektif lawatan adalah untuk mendedahkan warga sekolah ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.
Wednesday, 29 June 2011
LARIAN 1M 1S 1MALAYSIA
Kepada seluruh warga SKPM Raub, kami mengucapkan selamat menjayakan Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia. Ibu bapa dan komuniti dijemput menjayakan program ini.
Lagu Sekolah
There are girls who like to study,
There are girls who like to play,
There are girls who always have a minute,
To help out whenever there's way,
There are girls so generous with their money,
There are girls who have their time for prayers,
All these girls are in the MGS,
Just be sure you'll find them there.
(Composer : Miss Mable Mitchell)
There are girls who like to play,
There are girls who always have a minute,
To help out whenever there's way,
There are girls so generous with their money,
There are girls who have their time for prayers,
All these girls are in the MGS,
Just be sure you'll find them there.
(Composer : Miss Mable Mitchell)
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub dengan penuh tekad dan iltizam berikrar untuk :
1. Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, tepat dan cekap.
2. Menentukan segala surat aduan dan rayuan dijawab dalam tempoh dua minggu.
3. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina.
4. Memastikan segala aktiviti pendidikan di sekolah dilaksanakan mengikkut peraturan.
Hasrat in dicapai melalui Falsafah sekolah Visi....Misi
1. Memberi perkhidmatan dan layanan yang mesra, tepat dan cekap.
2. Menentukan segala surat aduan dan rayuan dijawab dalam tempoh dua minggu.
3. Bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina.
4. Memastikan segala aktiviti pendidikan di sekolah dilaksanakan mengikkut peraturan.
Hasrat in dicapai melalui Falsafah sekolah Visi....Misi
FALSAFAH SEKOLAH
Setiap kanak-kanak mempunyai
kebolehan dan potensi untuk
berkembang maju dari segi intelek.
Oleh itu menjadi hasrat sekolah
ini berusaha untuk membimbing
murid-murid menjadi manusia
yang seimbang dan berguna,
berdasarkan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara.
Sekolah ini juga akan berusaha
membimbing murid-murid
mencapai kecemerlangan
dalam semua bidang.
Misi
MENGAMAL DAN MENINGKATKAN
PENDIDIKAN YANG BERTERASKAN
iFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Mesyuarat 1M1S
28 Jun - Bertempat di Bilik Guru, mesyuarat Larian Serentak 1M1S telah diadakan. Mesyuarat diadakan bagi menyelaras persediaan Larian 1M1S yang akan dijalankan pada 2 Julai 2011. Guru Besar, Hajah Hasnah Kamaluddin berharap agar program ini dapat berjalan dengan lancar kerana memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan penyertaan seluruh warga sekolah, ibu bapa serta guru-guru. Di antara pengisian pada hari tersebut adalah pembacaan perutusan Menteri Pelajaran, gimik pelancaran, aktiviti memanas badan, pameran sukan serta klinik sukan. Diharap program ini mendapat sokongan daripada seluruh warga dan ibu bapa SK(P) Methodist, Raub. Tahniah.
Tuesday, 28 June 2011
Lencana Sekolah
SKPM membawa pengertian Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist. Manakala lambang di atas lencana ini serupa dengan lambang Negeri Pahang iaitu lambang mata tombak besar adalah alat kebesaran Negeri Pahang. Gading gajah pula menunjukkan kekuasaan raja. Warna yang terdapat pada lencana ini ialah warna kuning, merah dan putih. Warna kuning melambangkan warna diraja negara kita, warna putih dan merah tua melambangkan pakaian seragam bagi murid-murid sekolah ini.
Cogan kata yang terdapat pada lencana sekolah ini ialah “USAHA TANGGA KEJAYAAN” yang bermaksud kita mestilah berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Di mana hasrat sekolah ini ialah berusaha untuk membimbing dan mendidik serta membentuk murid-murid menjadi manusia yang seimbang dan berguna.
COGAN KATA SEKOLAH
“USAHA TANGGA KEJAYAAN”
Falsafah cogan kata di atas bermaksud setiap kanak-kanak mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dan segi intelek. Oleh itu menjadi hasrat sekolah ini berusaha untuk membimbing dan mendidik serta membentuk murid-murid menjadi manusia yang seimbang dan berguna berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Sekolah ini juga akan berusaha membimbing murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.Di samping itu, aspirasi sekolah ialah berusaha mempastikan perkembangan potensi individu berlaku secara menyeluruh berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan pengisian Wawasan Pendidikan untuk mengisi keperluan wawasan 2020 berteraskan agama, budaya bangsa dan kemajuan teknologi terkini.
Hasrat ini akan dicapai melalui:
1. Pembentukan kecemerlangan murid.
2. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
3. Perkhidmatan cemerlang.
Sejarah Sekolah
Sekolah Perempuan Methodist (MGS) telah diasaskan oleh Puan Edna Lee, isteri seorang Bishop pada 6 September 1947. Guru Besar pertamanya ialah Puan Muriel Stoner. Sekolah ini terdiri daripada 3 buah bilik darjah sahaja pada ketika itu.
Pada tahun 1949 sebuah lagi bilik darjah dibina. Memandangkan ramai penduduk di Daerah Raub menghantar anak-anak mereka ke MGS, 3 buah lagi bilik darjah ditambah pada tahun 1952. Pada ketika itu MGS ketika itu terdiri daripada sekolah rendah dan sekolah menengah. Justeru itu timbul berbagai-bagai masalah berkaitan dengan pentadbiran. Pada tahun 1977, sekolah rendah dan menengah diasingkan. Pada ketika itu MGS tidak mempunyai guru besar. Jawatan guru besar ketika itu dipangku oleh Puan L. Mogarajah.
Pada bulan Jun 1978, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah siap dan dapat digunakan. Walau bagaimanapun sekolah masih lagi kekurangan bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain.
Memandangkan kekangan ini, pihak sekolah bertungkus-lumus mengumpul wang dengan mengadakan pasaria, hari kantin serta memohon sumbangan derma daripada dermawan tempatan dan luar. Pada awal tahun 1993, sejumlah wang sebanyak RM30,736.40 telah dapat dikumpulkan hasil sumbangan derma dan aktiviti hari kantin yang diadakan setiap dua bulan sekali.
Pada pertengahan tahun 1993, sekolah telah menerima peruntukan sebanyak RM60,000.00 daripada Kementerian Pendidikan. PIBG dan jemaah pengurus sekolah telah mengadakan Jamuan Malam Mesra pada 15 Disember 1993 di Dewan MCA Raub dan berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM27,000.00. Di samping itu, kutipan derma terus dijalankan dari semasa ke semasa. Pihak guru juga turut sama memberikan sumbangan sebanyak RM100.00 setiap orang.
Bagi menambah lagi tabung kewangan, Jamuan Malam Mesra murid-murid tua di Pacific Coffee House telah diadakan. Hasilnya wang sebanyak RM 12,000.00 telah dapat dikumpulkan.
Bangunan baru mula dibina pada 10 Oktober 1994 dan mula digunakan pada 1 September 1995. Pada tahun 2000, pagar konkrit dibina di bahagian hadapan sekolah bagi menggantikan pagar yang lama. Kos pembinaan berjumlah RM 15,000.00. Pada tahun itu juga dataran kejat telah dibina hasil sumbangan seorang dermawan, berjumlah RM 4000.00. Pada tahun 2001, bumbung sekolah telah dibaiki yang melibatkan kos sebanyak RM 30,000.00 dengan dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pada tahun 2003, sebuah pondok pengawal keselamatan telah dibina yang menelan belanja sebanyak RM 8,000.00 yang juga dibiayai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebuah pondok bacaan telah dibina pada awal tahun 2004 yang bernilai kira-kira RM 7,000.00 hasil sumbangan PIBG, SK (P) Methodist Raub.
Visi dan Misi
VISI
MENJADIKAN SEKOLAH INI
MENJADIKAN SEKOLAH INI
SEKOLAH YANG TERUNGGUL,
CEMERLANG, DAN GEMILANG
MENJELANG TAHUN
2015
MISI
MISI
MENGAMAL DAN MENINGKATKAN
PENDIDIKAN YANG BERTERASKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)